Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan
yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang
memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su').
Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha
agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk
melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I.
Menghilangkan Definisi Hijab Dalam tahap ini syaitan membisikkan
kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu
tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya
hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan
apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga
akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah
berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula
ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka
harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka
pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab
adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah
ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di
mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama,
Membuka Bahagian Tangan Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya
terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit
peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak
tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju
panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai
pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki
melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak
apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada Setelah
menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk
membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah,
maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni
terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian
terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak
panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian
kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen
terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen
setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu
menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga,
Berpakaian Tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya
gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih
bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang
agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih
sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka
tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain
yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan
pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak
berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah.
Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka
jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat
'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di
Buka Sedikit Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang
ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia
menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki
wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk,
soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati
paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah
mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata
membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik
kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting
enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum
wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya
fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab
syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap
berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit Kini syaitan
melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya
agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama,
Membuka Telapak Kaki dan Tumit Syaitan Berbisik kepada para wanita,
"Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah
sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong
sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada
yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang
besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar
lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan
jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan
ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak
ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat
menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga
Separuh Betis Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan
ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka
syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa
yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali
hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka
cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak
skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah,
hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah
biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar
bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya,
sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia
turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh
betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh
Betis Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan
telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita
berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu.
Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan
sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat
pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi
dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain,
sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata
kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan
mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas
lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah
itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah?
Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau
wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak
di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah
berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang
terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti
sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen
pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di
pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang
khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya,
akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah,
maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi
kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang
mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap
terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III.
Serba Mini Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian
sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan
syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu
saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka
akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai,
bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka
bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain
yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam,
ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi,
pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak
ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna
rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu
yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi
oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh
manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di
kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya
sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk
ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang
sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut
begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya
tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
Selanjutnya terserah
kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki
lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian
sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang
melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak
ingin ambil risiko.
Penutup Demikian halus, cara yang
digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa.
Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala
menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun,
segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan,
kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi
sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat
bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,
selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam
kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah
Menyampaikan
Kebenaran adalah kewajipan setiap Muslim. Kesempatan kita saat ini
untuk berdakwah adalah dengan menyampaikan buletin ini kepada
saudara-saudara kita yang belum mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment