04 February 2012

::Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang Calon Isteri {Pedoman & Tauladan}::

''janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... iaitu janganlah engkau kahwini dengan wanita yang Ananah, dan yang Mananah, dan yang Hananah, dan yang Hadaqah, dan yang Baraqah dan yang Syadaqah."

1. Wanita ANANAH
Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita MANANAH
Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Bahasa mudah: Mengungkit.

3. Wanita HANANAH
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Bahasa mudah: Berkongsi kasih dengan ‘suami simpanan’ (aka skandal) atau bekas suami atau dengan anak daripada ‘suami simpanan’.
Nota: Macam mana nak tahu, Wallahu’alam…

4. Wanita HADAQAH
Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memilik barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.
Bahasa mudah: Rambang mata dan susahkan suami kerana ingin bermewahan.

5. Wanita BARAQAH
Ada dua makna; Pertama, yang sepanjang hari mengilat dan menghias wajahnya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita SYADAQAH
Banyak cakap yang tidak menentu dan bising.

No comments:

Post a Comment