Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan....?
Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu.
maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara
tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah
dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan
saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan)
mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.
Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum
melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan
antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari
awal, sehinggalah pengakhirnya.
Di situ ada barakah, di situ ada
kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk
dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama
dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap
ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini
berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan
pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari
calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun,
mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah
tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang
demi berumah tangga.
Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza
sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya
nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple
sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap
memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.
Banyak orang
banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh
terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua
terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang
sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan
sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu
antum ikuti.
Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri.
Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu
juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita
semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak
binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda
dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab
ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri
mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu
virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.
Melamar secara direct
Ada
juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya
adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya
tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir,
takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh
kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat
rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang
tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah
ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul
Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina.
Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program
ataupun emel.
Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak
ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga
hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
Kerana
itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada
kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama
nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan
akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct,
outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak
bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.
Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada
kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin
dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah
yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:
' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'
Niat
untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang
lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati
dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai
manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama
level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi.
Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.
Jika
kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu
ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika
kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu
disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah
orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya
upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan
dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan
mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan
orang yang terbaik buatmu.
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.
Jangan
kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan
wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan
istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam
bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap
langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu
sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.
Tempoh
pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun
berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap
saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah
gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu
untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi
oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak
terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.
Untuk
akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah
meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya
kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa
comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit
kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan
hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas
jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu).
Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat
(rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita
santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah
dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
Dahulu
pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak
tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan
Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah.
Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh
fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan
juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik.
Maka bersyuralah. itu kuncinya.
Dan nak tahu something? Jika
antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan
segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu
usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan
terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun
prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini perfect.
Sepertimana
orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai
even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha
Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi
dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun,
namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak
semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan
itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan
keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya
insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah,
jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu
untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah
tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap
bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka
hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai
rasional.
- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment