17 July 2012

Doa Itu Senjata



alt

Ya Rahman,
Padamu ku pohon keampunan
Kerana diri yang selalu alpa
Seringkali terleka dengan perihal dunia
Saban waktu bersuka-ria, bercanda tawa
Bagaikan dunia tiada penghujungnya
Sedangkan saudara kita di luar sana
Mengabdikan diri berjuang berjihad di jalanNya
Berbekalkan keimanan yang tinggi di dalam dada.
Tidak gentar dan takut menghadapi mara bahaya
Adakah kita punya kecekalan seperti mereka
Di manakah kita di saat mereka memerlukan?
Bukankah mereka itu saudara seagama
Yang seharusnya kita beri perlindungan?
Tika mereka bangkit sebagai tentera fisabilillah
Kita di sini pula buat endah tak endah
Hanya mampu melihat, ternganga kerna tak punya upaya
Untuk menghalang musuh yang kian bermaharajalela
Anak-anak kecil yang tidak berdosa
Tanpa belas ehsan turut menjadi mangsa
Menangis merintih kehilangan keluarga
Tiada lagi tempat mengadu dan bermanja
Ibu-ibu yang menahan derita
Atas pemergian anakanda tercinta
Yang syahid mempertahankan agama
Kini redha dengan ketentuan Maha Esa
Tiada lagi linangan air mata
Kerna mungkin sudah terbiasa
Yakin darah yang mengalir takkan sia-sia
Tiap titisan kan jadi saksi di hari muka
Ayuh sahabat,
Tadahkan tangan mohon padaNya
Agar saudara kita tabah menghadapi ujian yang melanda
Tak mengapa jika kita tak mampu berjihad bersama mereka
Tetapi cekalkan hati penuh istiqamah berharap padaNya
Kerna sesungguhnya doa itu senjata kita
Dan tanamkan keyakinan di dalam dada
Yang satu hari kemenangan kan pasti milik kita

No comments:

Post a Comment