17 July 2012

Duhai Adam

alt

Salam dihulur setulus bicara
Sejahtera ke atasmu sebagai hamba
Moga kita masih berada di bawah rahmatNYA
Yang Maha Pengampun Maha Berkuasa.
Asif Jiddan andai bicara Hawa
mengganggu Adam mencuri masa
Sungguh mujahadah ini memandu Hawa
Menyusun bicara meluah rasa.
Untukmu Adam
Yang amat Hawa hormati
Usah ditanya mengapa Hawa pergi
Usah disoal mengapa Hawa menjauhi
Usah jua dimusykilkan hati
Mengapa Hawa menjarakkan diri.
Untukmu Adam tiada benci
pada perilaku dan peribadi
Saat ini Hawa Hijrahkan diri
Mengatur langkah mendidik hati
Cuba bermujahadah menongkah budi
Mencari sinar yang didambai
Lantas usah didukai
pengislahan diri.
Mujahadah ini mengajar Hawa
Mempersiapkan diri meraih taqwa
Menjadi insan yang lebih sempurna
Dan menginsafi khilaf butir bicara
Agar kalamnya selembut sutera
Bak sekuntum Az-Zahra
Yang harumya menyenangkan jiwa.
Di jalan damai ini
Harus Hawa siapkan diri
Mengadun amal menyantun budi
Agar menjadi nisa' berakhlak tinggi
Mahmudah terpuji  hiasi peribadi
Zahir dan batin tiada sangsi
Harapku jua
Pada mu Adam agar bersama
Di jalan mujahadah ini kita melangkah
Usah berleka dek kealpaan dunia
Persiapkanlah diri, hati dan jiwa.
Semoga di suatu ketika
Diri mu menjadi imam kepada Hawa
Membawa Hawa di jalan yang sama
Di atas hamparan kehidupan yang tersedia
Hanya kerana Allah
Kita bertemu
Jua hanya keranaNya
Mujahadah hati ini akan bersatu.
Andai lafaz sakinah itu bukan takdirnya
Pada hati harus pasrah
Jiwa harus tabah
Ini suratanNYA
Pasti akan ada hikmahnya
Usah kecewa
Kerana niat utama sebuah hijrah
Hanya kerana Allah semata
Berdoalah, bersyukurlah
Agar hati sentiasa kerana ALLAH.
Moga untuk Adam pendamping an-nisa'
Adalah yang terbaik kurniaanNya
Dan moga untuk Hawa
Adanya sentuhan Rahmah
Dari yang Esa Pemilik Cinta
Menguatkan hati pada segenap rasa
Agar hati yang bemujahadah
Sentiasa berkilau dalam kasih sayangNya
Menjadi permata yang berharga
Untuk Ummah dan Agama.
Harapan dan doa diiringi
Moga jua hubungan ini
Akan sentiasa dirahmati  Rabbi
Sunnguh, hanya kerana Ilahi
Mujahadah ini diharungi.
Akhir kalam daripada Hawa
Untuk Adam lafaz bermadah
Yakinlah..
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis fitrahnya
Semoga haruman mujahadah ini
Akan sentiasa mengharumi
Taman perjuangan kita!

- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment