20 January 2013

Tolong Ampunkan (Suhaimi In-team feat Amir Kaslam)


Dengan namaMu ya Tuhanku
Maha Pengasih dan Pengampun
Aku meminta dan merayu
Ampunkanlah dosa dosaku

Hanya padaMu ya Tuhanku
Aku bersujud dan bersyukur
Dan ku serahkan segalanya
PadaMu Tuhan maha Sempurna

#
Kami lah hamba sering terlupa
Engkau kuasa Tolong ingatkan
Kami lah hamba sering berdosa
Engkau Pengasih tolong ampunkan

Bila teruji ku bersedih
Kerana menduga Kau membenci
Tapi rahmatMu menyedarkan
CintaMu selalu ada di sisi

Oh Tuhan tunjukkan
Ku jalan kebenaran
Agar ku tak hanyut
Dalam duniaMu

Semua dosa yang telah tertulis
Takkan ku jemu memadamnya
Selagi nyawa tak terhenti
KeampunanMu pasti ku nanti

Ulang #

No comments:

Post a Comment