13 July 2013

5 Ciri Suami Pilihan Mengikut Islam

5 Ciri Suami Pilihan Mengikut Islam
Bagi seorang wanita solehah , mencari calon suami tentunya memerlukan banyak pertimbangan dan tapisan sesuai dengan kehendak Islam . Di sini ada beberapa ciri – ciri yang diperlukan  mengikut turutan kepentingannya .  Antaranya :
 
1. Pastikan calon itu seorang muslim sejati .
 
Konteks muslim di sini ialah berilmu , beriman dan beramal salih serta menjauhi perkara mungkar . Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka . Sekiranya calon itu bukan muslim , pastikan dia memeluk Islam kerana sayangkan Allah dan Rasulullah bukan kerana sayangkan pembaca .
 
Allah berfirman : ” Wahai orang – orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka . “ 
( Al – Tahrim 66 : 06 )
 
 
2. Sikap calon suami terhadap keluarganya terutama ibu dan bapanya .
 
Rasulullah SAW bersabda : ” Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa . “ 
( Sahih Sunan al – Tirmizi , no : 1899 )
 
Calon suami yang baik tidak akan menderhakai ibu bapanya kerana anda serta memainkan peranannya di pertengahan diantara ibu bapanya dan anda .
 
Sabda Rasulullah : ” Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya ( ibu ) . “ 
( Sahih Sunan al – Nasa ‘ e no : 3104 )
 
Seorang lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keperihatinan besar kemungkinan akan melayan isterinya dengan penuh keperihatinan juga dan begitulah sebaliknya .   
 
 
3. Ciri kepimpinan
 
Firman Allah yang bermaksud : ” Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan . “ ( al – Nisa 4 : 36 )
 
Berikan calon suami satu senario , perhatikan bagaimana dia membuat keputusan . Berikan dia satu permasalahan , perhatikan bagaimana dia menyelesaikan . Berikan dia satu perancangan , perhatikan bagaimana dia mengaturnya . Berikan dia satu amanah , perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya .
 
 
4. Kewangan 
 
Sabda Rasulullah SAW : ” Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri – isteri kalian … mereka memiliki hak di atas kamu , iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan . “ 
( Sahih Muslim , no : 2137 )
 
Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri . Suami tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung keluarga . Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela , bukan paksaan .
 
 
5. Akhlaknya
 
Rasulullah SAW bersabda : ” Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia ( sikap santun ) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya . “ 
( Sahih Muslim no : 2594 )
 
Cara penampilan , kekemasan pakaian , arah pandangan , bahasa percakapan , kesungguhan mendengar , kejujuran mengaku salah , rendah diri menerima teguran , sabar terhadap apa yang tidak diingini , tenang dalam suasana marah , senyum dalam suasana tegang , tegas dalam suasana dizalimi , semuanya adalah akhlak yang perlu diperhatikan .
 
Perhatikan juga akhlaknya kepada orang lain seperti ahli keluarga , rakan sekerja , peniaga buah dan pelayan restoran . Dengan cara ini pembaca akan dapat bezakan sama ada akhlak calon suami pembaca tulen ataupun sekadar pura - pura .

No comments:

Post a Comment