14 April 2012

Amalan Seharian Rasulullah dan Kelebihan Berselawat


rasulullah

Nabi Muhammad S.A.W. adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada setiap manusia tidak kira mereka yang beragama islam ataupun tidak. Bahkan mereka yang bukan beragama islam telah membuat kajian untuk mencari kelemahan dan kekurangan baginda, namun tidak ditemui sebarang kekurangan. Sungguh kita semua bertuah dijadikan sebagai umat akhir zaman, walaupun kita semua berasal dari rumpun bangsa yang berbeza (hatta juga agama) kita mengenali Nabi Muhammad S.A.W. lantaran adanya internet sebgai perantaraan. Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi S.A.W. sebagai contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan dilupakan juga buat muslimin dan maslimat agar sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. kerana ia merupakan hadiah yang khusus untuk setiap orang islam untuk Nabi Muhammad S.A.W. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Berikut adalah antara amalan harian yang kita wajar jadikan contoh dan teladan dalam melalui kehidupan harian. InsyaAllah.
  • Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan - Tirmizi.  
  • Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.  
  • Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.  
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.  
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.  
  • ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali, setiap kali selesai menunaikan solat fardu.  
  • Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi S.A.W. membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian barulah diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.  
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu, berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.  
  • Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik dan wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.  
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.  
  • Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi S.A.W. apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi  
  • Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan jika sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.  
  • Sahabat meriwayatkan : Aku lihat Nabi S.A.W. makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk dan tengah)- Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.  
  • Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.  
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.  
  • Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. 
  • Hadith : Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.  
  • Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.  
  • Nabi S.A.W. sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.  
  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Nabi S.A.W. tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda S.A.W. makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .  
  • Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.  
  • Nabi S.A.W. sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan daripada sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung  
  • Setelah bersolat Nabi S.A.W. memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. 
  • Dalam riwayat yang lain, Nabi S.A.W. adakalanya beristighfar 75 kali sehari,  
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 
  •  Apabila Nabi S.A.W. tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) yang mengepam darah. 
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripada-Nya.  
  • Ketika Nabi S.A.W. tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruhan tubuh) untuk memohon perlindungan-Nya -Bukhari  
  • Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah. 
  • Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.  
  • Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .  
  • Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith : Sahabat melihat Nabi S.A.W. berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari  
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda S.A.W.  
  • Adakalanya Nabi S.A.W. amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh. 
  •  Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi S.A.W. dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.  
  • Setelah bersolat, Nabi S.A.W. memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.  
  • Nabi S.A.W. seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi S.A.W. memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari  
  • Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang. 
  • Menutup mulut dan rendahkan suara ketika bersin. Hadith :  
  • Apabila Nabi S.A.W. bersin, beliau meletakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud  
  • Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas Rahmat-Nya.  
  • Sabda NabiS.A.W. :
  • Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim  
  • Nabi S.A.W. tidak pernah menolak hadiah. Hadith : Nabi S.A.W. selalu menerima hadiah dan amat menghargainya - Bukhari  
  • Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.  
  • Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith : Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith : Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih  
  • Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain 
  •  Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu Dawud  
  • Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya  
  • Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.  
  • Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib  
  • Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami  
  • Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

5 Jenis Makanan Pencegah Kanser Payu Dara


buah

Satu dari 10 wanita dianggarkan menghidap kanser payudara, yang disebabkan oleh gaya hidup moden. Untuk menghindarinya, mulailah membiasakan diri menjaga kesihatan payudara dengan mengambil makanan sihat.

Menjaga payudara agar tetap sihat bukanlah perkara yang sukar. Tidak susah, pencegahannya boleh dilakukan oleh sesiapa saja, iaitu dengan menjaga pemakanan kita. Diet yang seimbang dan pemilihan yang betul akan membantu kita mencegah kanser. Cukup dengan mengambil lima makanan yang kaya nutrisi ini, maka anda pun akan mendapatkan keadaan payudara yang sihat.

1. Sayur-sayuran Hijau

Mulailah untuk memakan pelbagai sayur-sayuran hijau seperti kubis, brokoli, kembang kol, bayam sebagai menu diet anda. Kandungan vitamin, serat dan antioksidan di dalamnya membantu menghilangkan radikal bebas dan racun lain dari dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari segala bentuk kanser, terutama kanser payudara.

2. Protein

Makanan yang kaya dengan protein sangat baik untuk kesihatan payudara anda. Cubalah untuk membiasakan mengambil makanan yang terbuat dari kacang soya seperti susu soya, tempe dan tahu. Untuk camilan sehat, kacang-kacangan boleh menjadi pilihan yang tepat kerana kandungan proteinnya yang luar biasa.

3. Jus Buah

Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat antioksidan yang paling kuat, yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara. Semakin sering mengambilnya, semakin banyak pula zat antioksidan dalam tubuh anda. Buah ini juga mempunyai peranan penting terhadap peningkatan sitem imun.

4. Pelbagai Ikan

Ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan mengandung vitamin D yang sangat tinggi. Kedua-dua bahan ini sangat baik untuk kelangsungan payudara, oleh itu anda harus memastikan ikan sentiasa dimasukkan ke dalam menu diet anda.

5. Pelbagai Buah Beri

Selain rasanya yang lazat, buah beri mengandung nutrisi yang baik seperti serat dan vitamin C. Menariknya, buah beri boleh ditambah ke dalam menu makanan seperti meletakkannya pada yoghurt, salad, cereal dan smoothie anda.

9 Jenis Sihir Yang Perlu Diketahui


sihir

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:

Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):

Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:

Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):

Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:

Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.


al-falaq

Rahsia Allah Tentang Solat Lima Waktu


solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan


tipu
Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI.

Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.


tipu1
Kaedah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak


Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar.

Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)


Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun.

Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

15 Rahsia Khusyuk Dalam Solat

"Jika engkau berdiri untuk melaksanakan solat, maka bertakbirlah, kemudian bacalah al-Fatihah dan surah dalam al-Qur'an yang engkau pandang paling mudah. Lalu rukuklah dengan tenang (thuma'ninah) lalu bangunlah hingga engkau berdiri tegak. Selepas itu, sujudlah dengan tenang, kemudian bangunlah hingga engkau duduk dengan tenang. Lakukanlah seperti itu pada setiap solatmu." (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)
ganggu

Di bawah ini, terdapat 15 rahsia untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Semoga ianya bermanfaat kepada semua.

1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.

2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah S.W.T., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah S.W.T.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah S.W.T menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah (sangat digalakkan).

10. Mengambil wuduk dengan sempurna (ambillah perkara yang sunat sekali).

11. Membesarkan Allah S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan Allah S.W.T dalam solat.

12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang di sekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya. Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Sebolehnya elakkan memakai pakaian yang bergambar,berwarna-warni, bertulis, ada lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh, kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!

Khusyuk tidak dapat diperolehi sekiranya :

1. Gerakan solat terlalu pantas.

2. Membaca terlalu cepat.

3. Tidak fokus pada perbuatan.

4. Tidak fokus pada pembacaan.

5. Niat ingin segera menghabiskan solat.

5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN!

Untuk renungan dan iktibar kita bersama...
tg


Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat. Maka ia termasuk sunnah Rasulullah s.a.w :

1. Memberi makan tetamu, apabila ia berkunjung.
2. Menyiapkan perkuburan mayat, bila ia telah meninggal.
3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5. Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.

Lima pesanan dari Syaikh Al-Balkhi :
"Ambil olehmu lima perkara, kemudian amalkan,"

- Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepada-Nya.
- Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluanmu selama umurmu di dalamnya.
- Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azab-Nya. Nauzubillah..
- Persiapkan bekal di dunia, untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.
- Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya.
Harta bertimbun boleh menyebabkan lima perkara :

Dari Sufyan Sauri ;
"Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya 5 perkara..."

# Panjang angan-angan.
# Sentiasa tamak.
# Sangat kedekut.
# Berkurang waraknya.
# Lupa kepada akhirat.

(Ibnu hajar Al-Asqalani)

Frekuansi Al-Quran Dapat Mengubati Berbagai Penyakit Berbahaya Dan Ketagihan



Tahukah anda mendengarkan pembacaan Al-Quran sebanyak satu saat setiap pagi , petang, malam, ketika hendak tidur, ketika bangun dan sebelum tidur , membantu menyembuhkan pelbagai penyakit rohani dan jasmani.

Apa yang anda perlukan untuk mendengarkan Al-Quran adalah dengan memiliki media seperti Laptop, tape recorder, sebuah iPod atau mp3 dengan headphone, TV, radio atau lain-lain peralatan.

Bunyi bacaan Al-Quran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu. Gelombang ini menyebarkan medan gelombang yang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya. Ini menyebabkan kekebalan tubuh yang kuat untuk melawan penyakit atau bahkan penyakit seperti kanser.
kalamullah

Kanser adalah suatu kelainan pada pembinaan semula sel, sehingga memperdengarkan Al-Quran adalah bererti memprogram semula komputer yang penuh dengan virus yang “diformat berulang kali ” dan di-install dengan program-program baru agar dapat bekerja dengan efektif. Inilah program buatan yang mampu manusia lakukan untuk komputer. Bagaimana dengan program yang dilaksanakan dalam kata-kata Allah, Pencipta Semua manusia?

Kesan yang menakjubkan dapat dihasilkan dari mendengarkan bacaan Al-Quran.

Terus-menerus mendengarkan bacaan Al-Quran memberi anda faedah yang nyata seperti berikut:

1– meningkatkan sistem pertahanan tubuh

2– meningkatkan daya kreativiti.

3– meningkatkan kemampuan konsentrasi atau penempuan dalam sesuatu bidang.

4– menyembuhkan penyakit kronik dan tidak mampu disembuhkan.

5– mengubah perilaku atau akhlak dan memungkinkan orang untukberkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan dari semuapihak.

6– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf.

7– menyembuhkan kegelisahan dan merawat rasa irihati

8– meningkatkan kemampuan dan dapat membuat keputusan dengan tepat.

9– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu.

10– meningkatkan dan memperkuat kepribadian seseorang.

11– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll

12– meningkatkan kemampuan berpidato.

13– melindungi diri dari penyakit seperti kanser dan sebagainya

14– Mengubah beberapa tabiat buruk seperti makan yang berlebihan danmerokok.

Hal-hal yang di atas adalah hasil kajian terapi oleh suara dan frekuensi suara , tetapi diubah dengan kaedah mendengar ayat-ayat quran , yang dilakukan ke atas segelintir orang yang menghidapi pelbagai penyakit dan juga termasuk seorang perokok tegar , yang tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok, tetapi setelah terus-menerus mendengarkan Al-Quran , akhirnya dia berhenti merokok tanpa usaha. Kesan nya benar-benar menakjubkan. Ini adalah hasil daripada mendengarkan bacaan Al-Quranterus menerus .

Sebagai kesimpulannya, usaha-usaha yang kadang-kadang memerlukan waktu yang lama dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi , dengan berkat Al-Quran , segalanya dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja! Alhamdulillah.

Bukankah Al-Quran itu Kalamullah.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?




sb


Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1.Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2.Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3.Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4.Mati syahid di dalam medan perang.

5.Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6.Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7.Mati kerana tenggelam.

8.Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9.Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10.Mati terbakar.

11.Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12.Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13.Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14.Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

15.Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatimah

12 April 2012

SIAPA DIA YA ALLAH???

MasyaAllah...indahnya perasaan yang Kau titipkan buatku. tak terucap indahnye nikmat perasaan yg Kau tanamkan pada sekeping hati ini. Ya Allah, andai aku la pemilik tulang rusuknya, kau suburkanlah perasaan ini dengan bersandarkan ketaqwaan kami terhadapMu agar hari-hari yang kami tempuhi tidak suram dan sepi. namun, andai bukan dia bakal imam yang akan membimbingku kelak, pintaku pudarkan la perasaan ini. sesungguhnya kekecewaan itu sangat perit untuk aku hambaMu yg lemah ini menghadapinya.
Ya Allah yang maha mengetahui...sekiranya aku mendapat pengganti kepada insan yang sebelum ini menjadi sebahagian dari hidupku, mohon dan rayuku agar Engkau menganugerahkan aku seorang hambaMu yang dapat mendorongku menjadi hamba yang taat kepadaMu.
Hadirnya tanpa aku sedari membuka pintu hatiku yang sengaja dikunci dari menerima insan lain setelah dikhianati. subhanaAllah...peribadinya mencuit hatiku untuk lebih mengenalinya serta bicaranya yang mampu mendamaikan jiwa ini. Ya Allah...jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.
Tuhanku yang maha penyayang...tiada kata yang dapat aku kalungkan buatMu tanda bersyukurnya aku terhadap hidayahMu. disaat aku hampir mula membuka hati ini, kau kejutkan aku dengan amaranMu tanda kasihMu terhadapku yang tidak mahu aku sekali lagi dikecewakan. Ya Allah..sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui dan memahami hati dan perasaan kami. andai aku tidak memahami perasaannya, aku memohon padaMu lapangkanlah nur untuk aku mengetahui dan mengerti perasaannya. dan andainya dia tidak memahami ape yang aku alami, pintaku Kau berikanlah pengertian itu buatnya. permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah...

Ya Allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. amin...

LA TAHZAN (Ep. Aku Tanpa CintaMu)

Assalamualaikum...muqaddimah bicara...

menangis, meratap, menyendiri dan menyepi bukanlah sesuatu yang asing buat diri seorang insan yang kecewa. apatah lagi buat hamba yang teramat muda untuk mengerti apa itu cinta. kecewa dalam percintaan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan remaja kini. lemahnya iman ceteknya ilmu agama membuatkan ujian yang sebesar zarah itupun terasa berat untuk ditanggung. hanya kerana sebuah kehilangan cinta manusia, semangat yang dulunya setinggi gunung everest sekelip mata lebur tersunggul menyembah bumi. hati merintih, melaung, menangis atas kehilangan itu dan ada kalanya terdetik menyalahkan takdir yang memisahkan dua hati yang dulunya saling menyayangi. Namun, pernahkah kita memunasabah hari-hari yang telah dilalui bersama insan tercinta itu? Di mana letakknya iman apabila berduaan dengan sidia? di mana tercampaknya haram halal? . Bila di check ternyata bersama si dia bukanlah yang terbaik. mana tidaknya iman tercicir, dosa diraih, neraka dibooking. bila ingat Allah? apabila kesedihan melanda, masalah menghujan, hati disakiti barulah Allah dicari, Allah dipanggil. bagaimana pula islam? di mana letakknya agama? apabila cinta manusia di anggongkn, cinta diperjuangkan, cinta dijadikan matlamat utama kehidupan, islam hanyalah pada istisyarah dan istikharah.

Allah maha penyayang...melihat hanyutnya seorang hamba angkara cinta yang disemai, cepat-cepat Dia menarik kembali Hamba itu ke pangkuanNya agar tidak jauh dihanyut ombak cinta. Duhai hati yang sengsara, duhai jiwa yang kelukaan lantaran cinta ingatlah, sedarlah, bangunlah dan lihatlah bahawa perpisahan itu adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kita. Bayangkan andai Allah membiarkan kite terus bergelumang dengan dosa angkara maksiat yang kita lakukan bagaimana agaknya nasib kita di akhirat nanti? andai malaikat maut datang untuk menjalankan tugasnya ketika belum sempat kita bertaubat, disaat kita sedang bersahabat baik dengan maksiat bagaimana agaknya penerimaan Allah terhadap roh kita? dimana selayaknya kita diakhirat kelak? mampukah dengan hitungan dosa dan maksiat itu kita meraih syurgaNya? tepuk dada tanya iman...

~ InsyaAllah bakal disambung... ~

# Syukran Ya Allah atas pengalaman ini. rayuku tetapkanlah imanku ini agar sejarah tak berulang lagi #

Malaikat Maut menatap wajah kite sebanyak 70kali dalam mase 24jam

Bismilahirahmanirahim...

Assalamualaikum iman,moga lebih meningkat berbanding semalam. mukadimah bicara disusun agar segalanya rapi pada kasarnya walau terselit kekurangan pada halusnya...kadang-kadang "sesuatu" itu kita tahu dan kite mengerti tapi mungkin kite terlepas memandangnya atau mungkin terlupa untuk menghayatinya..disini ana ingin berkongsi sesuatu yang pada ana perlu kita tahu dan ambil tahu dengan harapan perkongsian ini mampu mengetuk pintu hati ana dan sahabat sekalian.
sedar atau tidak, dalam masa 24jam sebanyak 70 kali malaikat maut iaitu Izrail melihat dan merenung wajah kite. kalaulah kite dapat melihat perbuatan Izrail pasti setiap detik kite akan mengingati kematian. tetapi malaikat maut makhluk ghaib, manusia tak dapat melihat kehadirannya. tak hairanlah kalau setiap kali Izrail memandang wajah kite, kite mampu bersenang lenang, bergelak ketawa seolah- olah kite sudah bersedia untuk di jemput oleh malaikat maut untuk mengadap yang Maha Esa. sedangkan bekalan kite yang ade hanya sebesar zarah. hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

kite sering mengaitkan kematian dengan suatu tragedi.

A : kenapa C meninggal?

B : xcident kt bandar petang tadi / dah lame C sakit, dia meninggal pun sebab penyakit tu.

kite tak sedar sebenarnye malaikat maut berlegar-legar di sekeliling kite untuk mencabut nyawa kite. apabila sampai waktunya tanpa berlengah sesaat pun malaikat maut akan menjalankan tugasnya. tak kira dalam ape keadaan pun kite pada ketika itu.malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit je, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. malah orang yang sedang lena tidur atau beristirehat pun boleh d jemput oleh malaikat maut. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau dalam kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat. kesakitan, malapetaka dan lain-lain hanyalah penyebab kemtian seseorang. Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin. Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang dalam kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.Ya Tuhanku Yang Maha Mengetahui... andai kami ditakdirkan meninggalkan bumiMu ini tuk kembali kepadaMu, ambillah nyawa kami dalam keadaan kami beriman & bertakwa kepadaMu. dan berilah kekuatan kepada keluarga kami untuk menerima qada' & qadarMu. Ya Tuhanku Yang Maha Mendengar...persiapkanlah diri kami untuk menemuiMu agar kami tidak tergolong dalam kalangan hamba-hambaMu yg rugi dunia & akhirat. amin...



* carilah hatimu dlm 3 keadaan :
  1. ketika membaca al-quran
  2. ketika solat
  3. ketika mengingati kematian
andai dlm ketiga-tiga keadaan ini kamu tidak juga menemui hatimu, maka berdoalah dan mohon pada yang maha berkuasa agar diberi hati yang baru kerana saat itu kamu tidak lagi punya hati...wallahualam..

Surah Taa-ha (1-5) Melembutkan Hati Yg Keras & sbg Doa Pendinding


doa lembutkan hati

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

doa melembutkan hati

Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

Wasallam.
<