17 September 2012

20 Adab Makan & Minum Mengikut Sunnah Rasulullah SAW...



Mengikuti sunnah Rasulullah SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim. Sunnah yang dapat membentuk keintiman dan keharmonian didalam rumahtagga dan keluarga kita. insya-ALLAH

1. MEMBASUH TANGAN

Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:

“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.” (HR An-Nasaa’i)

Satu lagi hadis menyebut:

“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”

2. MEMBACA BISMILLAH

Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda: “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…” (HR Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.

3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.

Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.” (HR Abu Daud)

4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR Muslim)

5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).” (HR Abu Daud)

6. TIDAK TONGKAT TANGAN

Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda: “Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.” (HR Bukhari)

Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.

Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.

7. TIDAK MENCELA MAKANAN

Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.” (HR Bukhari)

8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.

9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH

Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).” (HR Muslim)

10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN

Ibnu Abbas r.a. memberitakan: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.” (HR At-Tirmidzi)

11. TIDAK MAKAN BANYAK

Nabi SAW bersabda: “Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.” (HR Bukhari)

12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP

Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya: “Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.”
(HR Ibnu Maajah)

13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”

Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi: “… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!” (HR Bukhari)

Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.

14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI

Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain menyebut:

“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari)

15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:

“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan.” (HR Ibnu Majah)

16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN

Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).

17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN

Nabi SAW bersabda: “Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.

18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN

Hadis menyebut: “Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang A rab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.”" (HR Bukhari dan Muslim)

19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR

Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda: “…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.” (HR Muslim)

20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK

Hadis menyebut: “Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.” (HR Muslim)

Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.

Wallahu a’lam.....

15 September 2012

Inilah Rahsia Tersembunyi Yang Ditakuti Kaum Yahudi Laknatullah!


(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)
Siapa Gaddafi sebenarnya?
Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.
Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.
Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.
Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!
Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!
Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Qaddafi:
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percuma;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
“Tengok betapa senangnya hidup kalau macam nie kan, tapi apa yang Qaddafi dapat? hampeh.. Itulah ujian dari Allah S.W.T. Wallahualam”
Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na’am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!
Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la’natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.
Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na’zubillah min zalik.
Catatan tambahan:
Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]
Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar “mati syahid” jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsamengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]
Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.
Kehidupan awal
Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.
Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.
Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai “Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi.”
Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya “diperintah oleh rakyat” .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 – 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 – 1967).
Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara “langsung, popular demokrasi” dan lebih sesuai dikenali sebagai “Sosialisme Islam” . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudidi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan ‘Buku Hijau’. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.
Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, “Lebai Malang”.
Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di “dahi” Dajjal ini. InsyaAllah.
Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.
Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.
Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan “Dinar Emas” satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek “Dinar Emas” ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.
Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan “koleksi” bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.
Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan “Dinar Emas” sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan “wang kertas” yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.
Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.
Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul “dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia” sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.
Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.
Emas akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan “debt” atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.
Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..
Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.
Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.
Simpanan rezab emas “mentah” Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.
Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.
Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).
Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.
Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah “hak Mutlak” Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A’lam.
Sumber : Al-muhaimin

13 September 2012

Antara Cinta dan Couple



gambar hiasan dr tok google.
Satu situasi yang kita lihat dalam kalangan remaja masa kini sama ada sedar ataupun tidak, adalah budaya'couple' yg begitu diangkat sebagai satu kewajipan berbanding SOLAT. Tidak dinafikan juga ada diantara mereka yang ber'couple' ini juga menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Namun sebahagian besar daripadanya masih lalai daripada menunaikan solat. Apa yang saya cuba sampaikan kali ini adalah berkenaan perkara yang WAJIB dalam hidup kita, lebih-lebih lagi sebagai seorang remaja muslim.
Persepsi kebanyakkan remaja hari ini mengenai 'couple' adalah adalah 1 budaya yang menjadi kewajipan. Tanpa 'couple', seseorang itu dianggap tidak laku ataupun kolot, kerana tidak mahu bersosial dan sebagainya. Persepsi ini adalah salah sama sekali, bahkan dalam ISLAM sendiri tidak ada satu pun ayat AL QURAN yg mengangkat budaya couple ini sebagai perkara yg WAJIB.


Ada pun munculnya beberapa golongan yg menggunakan ayat Al Quran:
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dapat mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)."  (Surah Adz-Za'ariyat, ayat 49)




Mereka sewenang-wenangnya menggunakan ayat ini bagi 'menghalalkan' tujuan untuk ber'couple'. Ayat ini juga digunakan untuk meminta nombor telefon supaya dapat berkenalan. Sama ada sedar atau tidak, perbuatan ini sudah menyalahgunakan AL QURAN utk kepentingan diri sendiri. Lihat sambungan ayat diatas:

"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata." (Surah Adz-Za'ariyat, ayat 50)



Dalam ayat ke 49 itu tadi, telah dinyatakan mengenai ciptaan ALLAH secara berpasangan agar dapat mengingati kekuasaan-NYA, bukan utk tujuan berkenal-kenalan antara lelaki dan perempuan semata-mata. Ayat ke 50 pula menyeru agar manusia bertaubat dan mentaati perintah ALLAH dan Rasul-NYA. Ada pun perintah ALLAH dan Rasul-NYA (Nabi Muhammad Salallhu Alahi Wasalam) itu adalah WAJIB, salah satu daripadanya adalah SOLAT!

Tuntutan SOLAT dalam ISLAM


Mendirikan SOLAT (Menunaikan SOLAT) adalah perkara yg menjadi kewajipan bagi seorang muslim. Solat juga merupakan Rukun Islam yg kedua, iaitu selepas mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Solat juga merupakan perkara terpenting dalam membentuk peribadi diri seorang muslim. Perkara kebaikkan akan menjadi sia-sia sekiranya tidak menunaikan solat, kerana solat adalah nadi dan kunci bagi segala amalan kita di dunia ini.
Mari kita perhatikan ayat Al Quran yg berikut:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.".(Surah Hud, Ayat 114)




Ayat ini menjadi dalil yang jelas menyatakan solat itu adalah WAJIB. Dan disambung pada ayat seterusnya:


"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."


ALLAH telah mengingatkan agar hamba-NYA bersabar dalam menunaikan kewajipan dalam agama dan tidak mengeluh dalam beramal. Dalam ayat 116 pula dingatkan agar kita tidak mencontohi umat terdahulu yg telah dibinasakan, walhal mereka itu mempunyai keupayaan untuk melarang org lain utk tidak melakukan mungkar.

Dalam ayat lain juga ada dinyatakan mengenai kewajipan solat ini:



"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."( Surah Al Isra', Ayat 78)


Perihal solat juga ada dinyatakan dalam hadith Rasulullah Salallahu Alahi Wasalam:


Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi Muhammad Salallahu Alahi Wasalam didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya:“Bangunlah dan lakukan solat.” Maka baginda (Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam) melakukan solat Zuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Asar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Asar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Isya` ketika syafaq (langit merah) menghilang. Kemudian waktu Subuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Subuh ketika waktu fajar menjelang.(Hadith Riwayat Ahmad, Nasai dan Tirmizi. )



Begitu jelas dan terang lagikan bersuluh mengenai SOLAT, seperti yang dinyatakan dalam AL QURAN dan Hadith. Solat adalah menjadi penyelamat kehidupan kita di dunia dan akhirat. Solat jugalah menjadi ikatan istimewa antara kita dengan ALLAH, Pencipta kita yang Agung. Fikirkan dahulu soal 'in a relationship' kita dengan ALLAH, insyaALLAH akan diberikan pula olehnya seorang manusia yang menjadi teman 'in a relationship' untuk kita.Lebih manis lagi, ALLAH akan memberikan segala-galanya dengan keadaan HALAL selagi mana kita patuh dengan SYARIAT yang telah ditetapkan oleh-NYA.WALLAHUALAM :) 

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..



gambar hiasan : dari google




Pertama :


PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.



Kedua :



PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..


Ketiga :
PILIH kawan yang soleh/solehah.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.



Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.



Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

12 September 2012

15 AZAB BAGI YANG MENINGGALKAN SOLAH...

Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah SWT akan mengurniakan lima keistimewaan. Pertama akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya. Kedua akan dihindarkan daripada azab kubur. Ketiga akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Keempat akan melintasi titian sirat sepantas kilat dan kelima akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sesiapa meringan-ringankan solah, Allah SWT akan menyeksanya dengan lima belas seksaan. Lima seksaan di dunia ini, tiga seksaan ketika meninggal dunia, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur. Seksaan semasa di dunia ialah, pertama, dicabut keberkatan umurnya, kedua, dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya, ketiga, Allah SWT tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya, keempat, doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima), kelima, dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah, pertama, dia akan mati dalam keadaan hina, kedua, dia akan mati dalam keadaan lapar dan ketiga dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika diberi minum air sebanyak lautan didunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika didalam kubur ialah, pertama, kubur akan meghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain, kedua, api akan dinyalakan didalam kuburnya dia akan dibalik-balikan diatas bara api siang dan malam, ketiga, seekor ular yang besar bernama (Ashsyuja Ul Aqra)
akan dilepaskan keatasnya. Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, ''aku Ashsyuja Ul Aqra. Aku diperintahkan tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solat zuhur hingga asar, kerana meninggalkan solat asar hingga mahgrib, kerana meninggalkan solat mahgrib hingga isyak, kerana meninggalkan solat isyak hingga subuh.''Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan tengelam didalam bumi sejauh tujuh puluh hasta. Dia akan diazab berterusan didalam kubur sehingga hari kiamat.

Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di pandang mahsyar ialah pertama, penghisabannya amat berat, kedua, dia di murkai Allah SWT dan ketiga dia akan dimasukkan kedalam neraka. (dalam hadith ini hanya disebutkan empat belas seksaan, tidak mengcukupi bilangan lima belas, mungkin perawi terlupa). Dalam satu riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan. Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah SWT. Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah SWT. Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah SWT, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah SWT.

JAWATAN KOSONG




Permohonan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan sebagai :

MAKMUN SOLAT JEMAAH

PENDAPATAN LUMAYAN
27 x ganda pahala 5 x sehari

ELAUN PERJALANAN
1 langkah ke Masjid@Surau 1 pahala, di hapuskan 1 dosa dan diangkat satu darjat

ELAUN MINGGUAN
Khutbah Jumaat istimewa di samping kuliah-kuliah Mahgrib
Pelbagai lagi faedah dan elaun menarik menanti anda

KELAYAKAN
Beragama Islam, Baligh lagi berakal waras, Lelaki di utamakan tidak uzur syarie

HADIR TEMUDUGA TERBUKA PADA:

a. Mahgrib
b. Isyak
c. Subuh
d. Zuhur
e. Asar

TARIKH TUTUP


Sebelum mati @ kiamat